LUPUS
ruam pada wajah anjing
lupus ruam pada kulit
Tubuh memiliki kekebalan untuk
menyerang penyakit dan menjaga tetap sehat. Namun, apa jadinya jika
kekebalan tubuh justru menyerang organ tubuh yang sehat. Penyakit
Lupus diduga berkaitan dengan sistem imunologi yang berlebih. Penyakit ini tergolong misterius. Para dokter kadang bingung mendiagnosis penyakit ini.
Namanya sedikit unik, LUPUS. Lupus dalam bahasa Latin berarti
"anjing hutan". Istilah
ini mulai dikenal sekitar satu abad lalu. Awalnya, penderita
penyakit ini dikira mempunyai kelainan kulit, berupa kemerahan di sekitar
hidung dan pipi. Bercak-bercak merah di bagian
wajah dan lengan, panas dan rasa lelah berkepanjangan, rambutnya rontok, persendian
kerap bengkak dan timbul sariawan.
Penyakit ini tidak hanya menyerang kulit, tetapi juga
dapat menyerang hampir seluruh organ yang ada di dalam tubuh.
Gejala-gejala penyakit dikenal sebagai Lupus Eritomatosus Sistemik (LES) alias Lupus. Eritomatosus artinya kemerahan. Sedangkan sistemik bermakna menyebar luas keberbagai organ tubuh. Istilahnya disebut LES atau Lupus.
Masih awam
Jumlah penderita Lupus ini tidak terlalu
banyak. Menurut data pustaka, di Amerika Serikat ditemukan 14,6 sampai 50,8 per
100.000. Di Indonesia bisa dijumpai sekitar 50.000 penderitanya. Sedangkan di
RS Ciptomangunkusumo Jakarta, dari 71 kasus yang ditangani sejak awal
1991 sampai akhir 1996, 1 dari 23 penderitanya adalah laki-laki. Penyakit Lupus
masih sangat awam bagi masyarakat.
Setelah
diteliti penyebab Lupus karena faktor keturunan dan lingkungan. Penyakit ini justru
diderita wanita usia produktif sampai usia 50 tahun. Namun begitu, ada juga pria yang mengalaminya. Ahli menduga penyakit ini berhubungan dengan
hormon estrogen. Karena Lupus
menyerang wanita subur, kerap menimbulkan berbagai aspek kesehatan. Misalnya hubungan dengan kehamilan yang
menyebabkan abortus, gangguan perkembangan janin atau pun bayi
meninggal saat lahir. Namun, hal ini bisa saja terjadi sebaliknya.
Artinya, justru kehamilan bisa memperburuk gejala Lupus. Sering
dijumpai gejala Lupus muncul sewaktu hamil atau setelah melahirkan.
Otoimun
Lupus merupakan
penyakit yang menyerang perubahan sistem kekebalan perorangan, yang sampai kini
belum diketahui penyebabnya. Penyakit ini muncul akibat kelainan fungsi sistem
kekebalan tubuh. Dalam tubuh seseorang
terdapat antibodi yang berfungsi menyerang sumber penyakit yang akan masuk
dalam tubuh. Uniknya, penyakit Lupus ini antibodi yang terbentuk dalam
tubuh muncul berlebihan. Hasilnya,
antibodi justru menyerang sel-sel jaringan organ tubuh yang sehat. Kelainan ini disebut autoimunitas. Antibodi yang
berlebihan ini, bisa masuk ke seluruh jaringan dengan dua cara yaitu :
Pertama, antibodi
aneh ini bisa langsung menyerang jaringan sel tubuh, seperti pada sel-sel
darah merah yang menyebabkan selnya akan hancur. Inilah yang
mengakibatkan penderitanya kekurangan sel darah merah atau anemia.
Kedua, antibodi bisa bergabung
dengan antigen (zat perangsang pembentukan antibodi), membentuk ikatan yang
disebut kompleks imun. Gabungan antibodi
dan antigen mengalir bersama darah, sampai tersangkut di pembuluh darah kapiler
akan menimbulkan peradangan. Dalam keadaan normal, kompleks ini akan dibatasi oleh
sel-sel radang (fagosit). Tetapi,
dalam keadaan abnormal, kompleks ini
tidak dapat dibatasi dengan baik. Malah
sel-sel radang tadi bertambah banyak sambil mengeluarkan enzim, yang
menimbulkan peradangan di sekitar kompleks.
Hasilnya, proses peradangan akan berkepanjangan dan akan merusak organ tubuh
dan mengganggu fungsinya. Selanjutnya, hal ini akan terlihat sebagai gejala
penyakit. Kalau hal ini terjadi, maka
dalam jangka panjang fungsi organ tubuh akan terganggu.
Umumnya
penderita Lupus mengalami gejala seperti; kulit
yang mudah gosong akibat sinar matahari serta timbulnya gangguan pencernaan.
Gejala umumnya penderita sering
merasa lemah, kelelahan yang berlebihan, demam dan pegal-pegal.
Gejala ini terutama didapatkan pada masa aktif, sedangkan pada masa remisi (nonaktif) menghilang. Pada
kulit, akan muncul ruam merah yang membentang di kedua pipi,
mirip kupu-kupu. Kadang disebut (butterfly rash). Namun ruam
merah menyerupai cakram bisa muncul di kulit seluruh tubuh, menonjol dan
kadang-kadang bersisik.
Melihat banyaknya gejala penyakit ini, maka wanita yang sudah terserang dua atau lebih gejala saja, harus dicurigai mengidap Lupus. Untuk sembuh total dari penyakit ini, tampaknya sulit. Dokter lebih berfokus pada pengobatan yang sifatnya sementara.Lebih difokuskan untuk mencegah meluasnya penyakit dan tidak menyerang organ vital tubuh.
Apr 23, 2005
SLE-PENYAKIT
YANG TIADA PENAWARNYA
Penyakit
Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )
Apa
itu Lupus?
Lupus adalah
radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana
sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara
tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung,
paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang
terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut
terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).
Apakah
Penyebab Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)
Sehingga kini
faktor yang merangsangkan sistem pertahanan diri untuk menjadi tidak normal
belum diketahui. Ada
kemungkinan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet, dan ubat-ubatan
tertentu memainkan peranan. Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) ini
lebih kerap ditemui di kalangan kaum wanita. Ini membayangkan bahawa hormon
yang terdapat pada wanita memainkan peranan besar, walaubagaimanapun perkaitan
antara Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan hormon wanita masih dalam kajian.
Penyakit
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) bukanlah suatu penyakit keturunan. Walau bagaimanapun,
mewarisi gabungan gen tertentu meningkatkan lagi risiko seseorang itu mengidap
penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).
Gejala-gejala
Lupus.
Diskoid Lupus. Ruam
di muka, kepala dan anggota-anggota lain badan.Diskoid Lupus kelihatan merah
dan timbul di pinggiran ruam. Ia biasanya tidak sakit atau gatal. Ruam ini
pulih dengan meninggalkan parut. Diskoid Lupus tidak serious dan jarang sekali
melarat melibatkan orgon-organ lain.
Sistemik
Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )
Kemerahan di
muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama. Ulser di dalam mulut, Keguguran rambut, Demam
berpanjangan, Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami
kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari
seperti muka dan tangan. Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan
bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya,
inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau
berkelakuan aneh seperti pesakit mental.
Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan
pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa
dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah
pinggang. Tidak semestinya semua gejala-gejala ini berlaku di kalangan pesakit-pesakit
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) pada satu-satu masa. Oleh itu penampilan
penyakit ini boleh berbeza antara satu pesakit dengan yang lain bergantung
kepada gabungan (kombinasi) organ dan gejala-gejala yang terlibat.
Rawatan
Rawatan-rawatan
yang ada sekarang bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan
komplikasi yang disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman. Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)
yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan
tetapi memandai dengan ubat anti keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa
singkat sahaja. Jika organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti
steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.
Sistemik
Lupus Erythematosus (SLE) dan wanita
Memandangkan
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) lazim ditemui di kalangan wanita, masalah
kehamilan selalu dipersoalkan. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi ialah
:
1. Risiko
keguguran kandungan, terutama di peringkat awal atau akhir mengandung.
2. Komplikasi
lain semasa mengandung, Penyakit lupus menjadi aktif semula semasa
mengandung. Risiko mengidap darah
tinggi, kencing manis dan komplikasi buah pinggang adalah tinggi.
Oleh itu
pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) wanita adalah dinasihatkan
untuk berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengandung. Pesakit-pesakit
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengandung pula perlu membuat
pemeriksaan antenatal yang kerap dan digalakkan supaya melahirkan anak di
hospital.
Bagaimana pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)
boleh mengelak penyakit ini menjadi aktif.
Mengenal
gejala-gejala Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang menandakan penyakit
menjadi aktif semula supaya rawatan dapat diubahsuaikan diperingkat awal
sebelum ia menjadi lebih teruk. Mengelakkan banyak terdedah kepada pancaran
matahari. Ini boleh dilakukan dengan memakai baju berlengan panjang, berpayung,
bertopi, dan juga memakai sunscreen. Mengelakkan daripada putus ubat
terutamanya steroida tanpa nasihat doktor yang merawat. Perlu mengikuti rawatan
lanjutan di klinik-klinik yang mengubati pesakit-pesakit SLE.
Sistemik Lupus
Erythematosus (SLE) adalah suatu penyakit yang boleh membabitkan pelbagai
anggota badan, dan berpotensi menyebabkan penyakit yang serious.
Walaubagaimanapun, kebanyakan pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh
mengecapi kehidupan normal seperti orang lain. Kunci kejayaan ini bergantung
kepada interaksi pesakit dan doktor yang merawat dan pemahaman terhadap penyakit
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).
Rujukan : "Sistemik Lupus
Erythematosus ( SLE / LUPUS )", 2003, Unit Rheumatologi
Jabatan Perubatan
Dan Jabatan
Pendidikan Kesihatan
Hospital Selayang.
Testimoni Pengguna
Kini sudah hampir 4 tahun saya mengalami penyakit
SLE. Mungkin anda semua pernah mendengar ataupun disebaliknya. Masih berulang
alik ke HUKM 2 bulan sekali untuk dipantau penyakit ini. Seringkali juga saya
bertanya DR. apakah penyakit ini tiada penawar jawapannya
"tiada".Kalau nak ceritakan masalah penyakit ini panjang.. Selepas
hari raya tahun lalu saya telah mengalami sakit perut yang teramat sakit tak
boleh tidur , jumpa Dr., sakit tidak juga reda bermacam-macam kaedah saya
lakukan. Kesudahannya kawan sepejabat mengesyorkan pengambilan
"NUFERA" ..tak sabar2 saya mencarinya akhirnya saya dapat membeli 2
botol pada 17/2 yg lalu. Sudah 3 hari saya amalkanya..insyallah ada terasa
berkurangan sedikit..saya pasti akan mengamalkanya.
Sekian, terima kasih.
"d_putra98"
abol98@hotmail.com
abol98@hotmail.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar